Wednesday, May 27, 2009

Pencapaian SKCJ

Pertandingan Bercerita dan Pidato
Bahasa Melayu peringkat Negeri


Pada 12 April telah diadakan Pertandingan Bercerita dan Pidato Bahasa Melayu bagi peringkat negeri di SK Gunung Rapat,Ipoh Perak.


Sekolah kita diwakili oleh:
Nik Aida Nasuha bt Nik Othman, 4 Pintar - Bercerita Tahap 2;

Nor Fathini bt Ridhuan, 3 Pintar - Bercerita Tahap 1;

dan Nur Halilah bt Ahmad Lutfi, 6 Arif - Pidato.

Berikut adalah keputusan pertandingan.
Nik Aida Nasuha bt Nik Othman, 4 Pintar - Bercerita Tahap 2: Tempat Ketiga
Nor Fathini bt Ridhuan, 3 Pintar - Bercerita Tahap 1: Tempat Kedua

Nur Halilah bt Ahmad Lutfi, 6 Arif - Pidato: Tempat pertama

Alia Farhana, 5 Pintar
Juarai Pertandingan "Public Speaking" peringkat negeri

Pada 13 April, Pertandingan "Public Speaking" peringkat negeri telah diadakan di SK Sri Selama,Batu Kurau Perak.

Wakil sekolah kita telah menang tempat pertama bagi pertandingan di atas. Oleh itu, Alia Farhana akan mewakili sekolah dalam pertandingan di peringkat negeri

Tahniah kerana telah mengharumkan nama sekolah!


Anugerah Nilam Peringkat Daerah


Satu Majlis Anugerah Nilam Peringkat Daerah Larut Matang dan Selama 2006 telah diadakan di Pusat Latihan Penjara (PULAPEN), Taiping. Majlis dirasmikan oleh Tn Hj Abdul Hassan Yusoof, Ketua Penolong Pengarah, Pusat Sumber Pendidikan Negeri Perak.

Empat orang murid Sekolah Kebangsaan Changkat Jering telah menerima Anugerah Jauhari NILAM Sekolah Rendah dalam majlis tersebut. Mereka ialah Nadia Amira bt Suzaimi, 5 Arif; Nurhalilah bt Ahmad Lutfi, 5 Arif; Alia Farhana bt Mohamad Basri, 4 Pintar; dan Nur Nadia bt Muslim, 4 Bijak.

Majlis anugerah NILAM diadakan untuk menghargai dan memberi pengiktirafan kepada murid yang mempamerkan kesungguhan dalam aktiviti membaca.

PERTANDINGAN BOLA JARING PERINGKAT DAERAH

Sekolah kita telah berjaya menjadi johan pada peringkat daerah. Dalam perlawanan peringkat separuh akhir, sekolah kita telah mengalahkan pasukan Zon Selama dengan tipis iaitu 15-14. Di peringkat akhir, kita bertemu pula dengan Zon Kamunting dan sekali lagi kita telah menang dengan tipis, 16-15!

Nur Fatehah bt Mukhtaruddin, 6 Bijak, telah terpilih sebagai pemain terbaik. Empat orang pemain sekolah kita telah dipilih untuk ke peringkat negeri. Mereka adalah Nabihah Izzati, 6 Pintar; Nor Fatehah Mukhtaruddin, 6 Bijak; Nur Aishah Mohd Ali, 6 Pintar; dan Syafera Nabila Abdullah, 6 Pintar.

Pasukan Bola Jaring Sekolah tidak mungkin akan mencapai kejayaan tanpa bimbingan daripada Pn Suzanah Shahrani, Cik Fauzana Ilyani bt Khairudin, Cik Wan Faiza bt Meor Mohd Tahir dan Pn Sarehan bt Mohamad.

Syabas SKCJ! Teruskan kecemerlangan anda.

No comments:

Post a Comment