Thursday, May 28, 2009

Lakonan Murid

Kenangan Bersama Bekas Guru Besar SK Changkat Jering Tn Hj Mohd Nordin Bin Bakir PPT

Staf Akademik SK Changkat Jering sesi 2007/2008



Staf Sokongan: Aida, Kak Fauziah, Tn Hj Mohd Nordin, Kak Nor, Abg Li dan Cikgu Zainol

Wednesday, May 27, 2009

Hari Kualiti 2008


Tahniah!!!

Staf Akademik & Staf Sokongan


Staf Akademik



Staf Sokongan




Pencapaian SKCJ

Pertandingan Bercerita dan Pidato
Bahasa Melayu peringkat Negeri


Pada 12 April telah diadakan Pertandingan Bercerita dan Pidato Bahasa Melayu bagi peringkat negeri di SK Gunung Rapat,Ipoh Perak.


Sekolah kita diwakili oleh:
Nik Aida Nasuha bt Nik Othman, 4 Pintar - Bercerita Tahap 2;

Nor Fathini bt Ridhuan, 3 Pintar - Bercerita Tahap 1;

dan Nur Halilah bt Ahmad Lutfi, 6 Arif - Pidato.

Berikut adalah keputusan pertandingan.
Nik Aida Nasuha bt Nik Othman, 4 Pintar - Bercerita Tahap 2: Tempat Ketiga
Nor Fathini bt Ridhuan, 3 Pintar - Bercerita Tahap 1: Tempat Kedua

Nur Halilah bt Ahmad Lutfi, 6 Arif - Pidato: Tempat pertama

Alia Farhana, 5 Pintar
Juarai Pertandingan "Public Speaking" peringkat negeri

Pada 13 April, Pertandingan "Public Speaking" peringkat negeri telah diadakan di SK Sri Selama,Batu Kurau Perak.

Wakil sekolah kita telah menang tempat pertama bagi pertandingan di atas. Oleh itu, Alia Farhana akan mewakili sekolah dalam pertandingan di peringkat negeri

Tahniah kerana telah mengharumkan nama sekolah!


Anugerah Nilam Peringkat Daerah


Satu Majlis Anugerah Nilam Peringkat Daerah Larut Matang dan Selama 2006 telah diadakan di Pusat Latihan Penjara (PULAPEN), Taiping. Majlis dirasmikan oleh Tn Hj Abdul Hassan Yusoof, Ketua Penolong Pengarah, Pusat Sumber Pendidikan Negeri Perak.

Empat orang murid Sekolah Kebangsaan Changkat Jering telah menerima Anugerah Jauhari NILAM Sekolah Rendah dalam majlis tersebut. Mereka ialah Nadia Amira bt Suzaimi, 5 Arif; Nurhalilah bt Ahmad Lutfi, 5 Arif; Alia Farhana bt Mohamad Basri, 4 Pintar; dan Nur Nadia bt Muslim, 4 Bijak.

Majlis anugerah NILAM diadakan untuk menghargai dan memberi pengiktirafan kepada murid yang mempamerkan kesungguhan dalam aktiviti membaca.

PERTANDINGAN BOLA JARING PERINGKAT DAERAH

Sekolah kita telah berjaya menjadi johan pada peringkat daerah. Dalam perlawanan peringkat separuh akhir, sekolah kita telah mengalahkan pasukan Zon Selama dengan tipis iaitu 15-14. Di peringkat akhir, kita bertemu pula dengan Zon Kamunting dan sekali lagi kita telah menang dengan tipis, 16-15!

Nur Fatehah bt Mukhtaruddin, 6 Bijak, telah terpilih sebagai pemain terbaik. Empat orang pemain sekolah kita telah dipilih untuk ke peringkat negeri. Mereka adalah Nabihah Izzati, 6 Pintar; Nor Fatehah Mukhtaruddin, 6 Bijak; Nur Aishah Mohd Ali, 6 Pintar; dan Syafera Nabila Abdullah, 6 Pintar.

Pasukan Bola Jaring Sekolah tidak mungkin akan mencapai kejayaan tanpa bimbingan daripada Pn Suzanah Shahrani, Cik Fauzana Ilyani bt Khairudin, Cik Wan Faiza bt Meor Mohd Tahir dan Pn Sarehan bt Mohamad.

Syabas SKCJ! Teruskan kecemerlangan anda.

Usik Usik Ha ... Selalulah Mengusik









Program Anak Perak


Bulan ICT Daerah Larut Matang Dan Selama 2009


Program Anak Perak UPSI 2009, dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang & Selama, menganjurkan Pertandingan Aplikasi Web 2.0 Dalam Pendidikan, sempena Bulan ICT Daerah Larut Matang Dan Selama 2009. Pertandingan ini dijalankan bertujuan bagi mempertingkatkan lagi pengetahuan ICT terutamanya dalam teknologi web terbaru, iaitu Web 2.0 dikalangan pelajar-pelajar dan guru-guru.

Pertandingan Aplikasi Web 2.0 ini akan menggunakan platform Google for education seperti Google Docs, Picasa, Blogger, dan Twitter & Wikipedia

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA, VISI DAN MISI SKCJ, WAWASAN SEKOLAH, DAN FALSAFAH SEKOLAH

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara"


VISI



Antara Sekolah Terbilang Pada Tahun 2010



MISI


*Pengurusan Pentadbiran Dan Perkhidmatan Yang

Cemerlang

*Kelulusan 100% Dalam Kurikulum

*Pelajar Bersahsiah Mulia

*Johan Negeri Dalam Ko Kurikulum



WAWASAN SEKOLAH





Sejajar Dengan Visi Dan Hasrat Jabatan Pelajaran Perak Menjadikan Perak Gemilang, Maka Sekolah Kebangsaan Changkat Jering Mengambil Iniasiatif Dan Mengorak Langkah Berganding Bahu Sederap Langkah Bersama Merelisasikan Impian Dan Hasrat Murni Menuju Era Kecemerlangan Dengan Visi Yang Tersendiri " Skcj Nombor Satu' Misi Dan Visi Yang Dicitakan Memberikan Tumpuan Utama Kepada Empat Bidang Iaitu Kurikulum, Ko Kurikulum , Kesahsiahan Dan Pengurusan, Dan Kepimpinan Bagi Melahirkan Sebuah Sekolah Yang Berkesan.


FALSAFAH SEKOLAH

Memupuk perkembangan yang sihat dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi berlandaskan akhlak yang terpuji.

Monday, May 25, 2009

Cikgu Mazlan & Cikgu Asri


Khusyuknya Cikgu Mazlan dan Cikgu Asri mendengar taklimat dari Pegawai PPD LMS

SELAMAT HARI GURU


Masih belum terlambat rasanya bagi pihak sekolah untuk mengucapkan selamat hari guru kepada warga sekolah SKCJ dan semua warga pendidik di seluruh dunia.

Pemantauan Oleh PPD LMS



Pemantauan oleh pihak PPD LMS dan sesi taklimat oleh Tn. Hj. Mat Lazim Bin Idris Pegawai Pelajaran Daerah Daerah Larut Matang & Selama.




Kenangan Bergambar Guru - Guru SKCJ 2007

Kenangan bersama bekas guru besar SKCJ Pn Hjh Rohana Bt Abd Majid